Thursday, February 17, 2011

~Kehidupanku~

Tanggal 17 april 1987, jam 8.41 pagi. aku telah selamat diputerikan. Kelahiranku disambut dengan laungan Iqamah dari ayahku di Kampung Baloh Manir, Kuala Terengganu tempat berlakunya peristiwa ini..aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan balasan oleh kedua ibu bapaku.. dari kecil hingga dewasa,. dididik mengenal Allah dan Rasul..Oleh sebab itu curahan kasih sayang tidak pernah henti. Baik dengan rotannya, lidi, cubit…semuanya itu tanda sayang.. agar aku menjadi anak yang solehah…


Aku memulakan pengajianku di tadika kemas, aku tekun belajar dan terus belajar.. sehinggalah aku memasuki alam sekolah rendah.. aku bersekolah di sekolah kebangsaan manir.. setiap pagi, aku mengayuh basikal ‘Really’ berwarna merah ke sekolah. Aku adalah seorang yang aktif dan cergas di dalam kelas…ramai guru yang mengenaliku..terutama guru matematik..kerana kecerdikanku di dalam mata pelajaran tersebut.. cita-citaku pada masa itu ialah sebagai ahli perniagaan yang berjaya.


Aku rasa sangat bertuah ketika itu, sedikit demi sedikit aku menimba ilmu dan pengalaman.. tetapi apakah daya zaman kanak-kanak.. keputusan UPSR aku tidaklah sebijak orang lain.. tetapi Alhamdulillah. Setakat itu sahaja yang aku mampu perolehi.. mungkin rezeki belum tiba untukku.



Pada mulanya aku hanya bersekolah di sekolah harian biasa iaitu di sekolah menengah kebangsaan manir.. akan tetapi, lebih kurang seminggu kemudian, berkat doa ibu bapaku untuk aku sekolah agama.. aku diterima masuk di sekolah menengah agama khairiah.. tapi, yang sebenarnya..aku tidak berminat sekolah dalam bidang agama.. di situ, aku mula mengenali apa itu tulisan al-Quran, apa itu bahasa al-quran iaitu bahasa arab secara mendalam..walaupun aku adalah seorang yang tidak berminat dengan bahasa arab. Berkat usaha dan doa kepadaNya..timbul minat dengan bahasa al-Quran ini.



Semasa di tingkatan 3, aku disuruh oleh ibu bapaku untuk tinggal di asrama..memandangkan tahun peperiksaanku iaitu PMR.. di sana cukup memantangkan aku..aku kenal erti sahabat, kenal erti ukhuwah dan erti berdikari yang sebenar..sehingga sekarang aku masih berukhwah dengan sahabat, teman, kawan seperjuanganku..



Keputusan PMR ku tidaklah memuaskan akan tetapi Alhamdulillah..aku amat bersyukur dengan apa yang KAU berikan kepadaku..impianku untuk menyambung thanawi di sekolah menengah agama atas sultan zainal abidin tidak kesampaian.. bukan rezeki ku.. di tingkatan 4, aku di tempatkan di kelas sastera iktisas 1..banyak ilmu yang aku pelajari..semakin tinggi belajar..semakin banyak cabaran dan dugaan.. kerana kelekaanku, kenakalanku sepanjang berada di tingkatan 4 dan 5..keputusan spm aku menyedihkan diri dan keluarga..



Selepas SPM aku diterima untuk memasuki tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek Dan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin..tetapi, di benak fikiranku ketika itu msih tertanya-tanya…yang mana pilihanku dan hala tujuku selepas ini..selepas beberapa hari kemudian, aku mendapat surat temuduga dari KUSZA..aku hadirkan diri di temuduga tersebut..alhamdulillah aku lulus temuduga dan dapat jejakkan kaki ke menara gading di peringkat dploma dalam bidang Bahasa Arab Dengan Pendidikan…dan selepas 3 tahun.. aku dapat memegang segulung diploma setelah bertungkus lumus di dalam pelajaran.



Dalam memasuki ijazah pula, KUSZA juga pilihanku…tetapi Allah lebih mengetahui..aku terpilih untuk menyambung pelajaranku di UPM dalam bidang Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa Arab.)..itu adalah perancangan Allah dan itu yang terbaik..kini aku di Tahun 3..dan InsyaAllah akan menamatkan pengajianku beberapa bulan akan datang..bagiku cukup memeritkan tetapi amat menyeronokkan kerana semua itu ilmu Allah..ilmu Allah dan disandarkan kepada akal manusia…supaya manusia benar-benar berfikir mengkaji ilmu-ilmu Allah.



Sekarang umurku dan mencecah 24 tahun apa yang aku ada? Apa yang aku sumbangkan kepada agama? Apa yang aku khidmatkan kepada masyarakat? Aku tidak ada apa-apa..yang ada hanyalah diriku yang masih mencari-cari sinar kehambaan kepadaMU….




Terima kasih kepada mak dan Ayah. Moga Allah mengganjari segala bakti dalam asuh didikku. Tak terbalas olehku anak yang hanya tahu susahkan mak dan Ayah. Juga adik-beradikku, moga bersama kita buru gelaran anak-anak yang soleh dan solehah itu. Sahabat-sahabatku yang bersama-sama kita kongsi nikmat Tarbiyah ini, moga kalian Allah sematkan jiwa dan hati kalian atas jalan ini. Teman-teman dan rakan-rakan, moga perkenalan dan pertemuan kita tiada yang lain mengurniakan keredhaan kecuali keredhaanNya.

0 ulasan: