Monday, February 28, 2011

~Bengkel Dan Ceramah Sosial Bahagia Teruna Dan Dara~


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..=)


RASULULLAH BERSABDA:”SAMPAIKAN LAH OLEH MU WALAUPUN SATU AYAT”..


Tidak aku berikan ilmu kepada kamu(manusia) kecuali sangat sedikit sekali(Al-isra':Ayat 85)


Atas dasar perintah Rasulullah ini lah,rasa ingin berkongsi dengan semua sedikit ilmu yang ada DARI BENGKEL BAHAGIA TERUNA & DARA ANJURAN KPZ &KTDI :-


Apakah maksud CINTA??Menurut IMAM AL-GHAZALI ialah kecenderungan jiwa yg amat kuat dlm diri seseorang kepada sesuatu yang boleh memberi kelazatan manfaat dan sangat serasi dengan fitrah.


SLOT PERTAMA:AKU DIBIUS CINTA(Encik Kamarul Azimi)


a)RIWAYAT AL-TARMIZI:Harta yg utama ialah lisan yg sentiasa berzikir,hati yg sentiasa bersyukur dan isteri beriman yg membantu suaminya menegakkan kebenaran.


b)Kemanakah halatuju terakhir percintaan anda yakni perkahwinan??pastinya yang dicari adalah mendapat keredhaan Allah,bertambah keimanan padaNya dan pasangan yg sering mengingatkan kita jika terlupa seperti ingatkan mati dan amalan kita..


c)Lelaki yang menjaga maruah wanita itu adalah lelaki yang tidak memandang wanita lebih dari keperluan..


d)Pada hari itu,teman2 akrab sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain kecuali orang2 yang perhubungannya berdasarkan TAQWA.(Al-Dzukhruf:Ayat 67)


(Perhubungan berdasarkan taqwa=pekahwinan yang berlandaskan agama dan kerana ALLAH



SLOT KEDUA:SUAMI MEMIMPIN,ISTERI MENGURUS(Ustazah Aina Sabariah Isa)


a)Siapakah suami idaman@ isteri idaman anda???Adakah yg soleh solehah??pandai mengaji?kacak?cantik?bijak?kaya?bergaya?bertanggungjawab?amanah?penyayang?peramah??TEPUK DADA TANYA IMAN..=)


b)Selepas melahirkan anak ,hendaklah menamakan anak tersebut dengan nama yang elok iaitu BERSANDARKAN NAMA ALLAH @RASUL@NABI@ORANG2 YG BERTARAF ULAMA @ ORG2 SOLEH.


c)Hadis riwayat Abdullah Bin Abbas:-


“Bukalah perbicaraan anak2mu dengan kalimah “LAILAHAILLALLAH”..Maksudnya hendaklah mendidik anak2 dari kecil dengan perkara yg paling utama iaitu mengenal ALLAH supaya kelak dia menjadi yg soleh/solehah.


d)Jangan lupa tanggungjawabmu(suami):-

1)Infaq keluarga(zahir,batin,keperluan,kewangan dan lain)

2)Kerohanian(ilmu agama) pada isteri dan anak2

3)Masa berkualitii untuk keluarga

4)Pendidikan anak2 jangan di abaikan

5)Sosial


d) Hendaklah wajib bagi kita mencari pasangan yang menjaga solat dan tidak mengabaikannya kerana ORANG YANG TIDAK SOLAT,AKAN MEMBERI MUSIBAH PADA 70 ORANG DI KIRI DAN KANANNYA.. Dalam erti kata lain hendaklah kita mencari pasangan yang beriman dan mementingkan agama(ALLAH & RASUL). Dan Subhanallah!KETAHUILAH!ALLAH TELAH MELEBIHKAN Orang2 yg beriman yakni yang ada agama kerana mereka ini telah di anugerahkan Hormon Interleukin-6.Hormon ini bisa meningkatkan system daya tahan individu….Ini terbukti apabila kita melihat Rasulullah,para sahabat dan para pejuang islam bermati-matian menegakkan islam walaupun tahu jalan ini penuh berliku kerana banyak ujian dan cabaran yg allah berikan.Namun ,kelompok ini tetap menjadi orang yang sabar dan redha malah tiada gentar di dalam hatinya serta bahkan semakin berkobar2 semangat untuk berjuang.


Kajian juga telah membuktikan orang yg beriman,yakni orang yang solat telah mengeluarkan Neuron cerdik.Ketika sujud,neuron itu berjalan dari tulang belakang dan mengalir masuk ke otak…Sekali lagi..SUBHANALLAH!Tiada yg mustahil bagi ALLAH.


e)Berikut adalah doa2 yg diberikan untuk menjadi insan yg lebih baik..:-

i-Untuk mengelak keluar malam.Bacalah SURAH AR-RUM,AYAT 31-33

ii.-Untuk menjadi seorang yang bijak.Bacalah SURAH AL-ANBIYAK,AYAT 49

iii-Menjadi hati yang lembut mendengar nasihat.Bacalah SURAH AL-HASYAR,AYAT 22-24



SLOT KETIGA:-MEMBINA MAHLIGAI BAHAGIA(Encik Ebit Irawan)


a)Hendaklah selalu berbicara dengan ALLAH yakni berdoa kerana Sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR….’Ya Allah,jika dia baik untuk agamaku,kehidupanku,matiku maka KAU jodohkan lah Ya Allah..Jika tidak,KAU jauhkanlah Ya Allah.


b) 3 perkara yg tidak boleh di tangguhkan iaitu terus solat apabila masuk waktunya,jenazah dikebumikan segera & berkahwin apabila sampai jodoh.


c)Allah memberi keberkatan umur kepada pasangan yg berkasih syg kerna umur hnya boleh di panjangkan ALLAH atas asbab kita berdoa mohon dipanjangkan dan apabila kita menghubungkan silaturrahim.Salah satu menghubungkan silaturahim adalah melalui perkahwinan kerana melalui perkahwinan kita ada talian ikatan dengan suami/isteri,mak ayah mertua,mak bapa suadara suami/isteri,adik beradik suami/isteri dan lain2……..


d)Rasulullah s.a.w bersabda:Sekiranya ALLAH hendak memberi kebaikan kepada sesuatu keluarga,maka DIA akan menurunkan sifat lemah lembut kedalamnya.Jadi,untuk melahirkan keluarga baik perlunya ada sifat berlemah lembut di dalam berkasih sayang dengan suami/isteri dan anak2 di samping ketegasan dalam kelembutan ketika ingin menegur@menasihati isteri/suami dan kepada anak2.


e)Dan kalaulah engkau bersikap kasar dan bekeras hati,pasti orang akan lari dari sekelilingmu.


(AL-IMRAN:Ayat 159).

Jadi,jelas di sini bahawa hendaklah kita bersikap berlemah lembut di dalam setiap tindakan..Jika kita seorang yang pemarah sekalipun,kawallah emosi jangan sampai sikap kita itu memakan diri sendiri hinggakan anak2 takut untuk bertegur sapa dengan ibu/bapanya sendiri ,suami/isteri pula menjarakkan diri dan lama-kelamaan tidak mustahil rumahtangga itu jauh dari kasih sayang dan boleh jadi perkara yg ALLAH benci tetapi di benarkan berlaku iaitu penceraian..Na’uzubillah.Tetapi itulah hakikatnya kerana kita perlu yakin,setiap kata2 allah itu adalah benar dan kita boleh lihat perkara itu berlaku di sekeliling kita.


Ambil contoh,bagaimana kalau kita lihat rumahtangga orang2 yg tidak beriman@kurang ilmu agama???Dengan kaki judinya,minum araknya,tidak solatnya,bersikap kasar dengan anak isteri ,menengking,sepak terajang dan sebagainya..Adakah rumahtangga yang dibina bahagia dan berkekalan?


Mari kita bandingkan dengan rumahtangga orang2 yg beriman,bagaimana???Ya allah,sejuk sahaja mata memandang baik dari suami,isteri hinggalah ke anak2nya..Rumahtangganya penuh dengan kasih sayang sesama manusia dan kepada allah..Kerana apa??kerana mereka di didik dengan iman…Bila adanya iman,maka tanpa dipinta akhlak yang baik akan wujud apabila ALLAH & RASUL ada wujud di dalam diri.



Oleh itu,jadilah kita pasangan yang mendirikan rumahtangga kerana ALLAH ..Bukan kerana pangkat,harta,@rupa.Jadi,jika kita hendak mendirikan baitul muslim,pertama sekali kita mestilah menjadi yang soleh/solehah dahulu.Selepas itu,barulah mencari pasangan yang soleh/solehah untuk membentuk keluarga yang soleh/solehah supaya dapat melahirkan umat dan masyarakat yang soleh/solehah dan akhirnya negara islam dapat dibentuk.Sesungguhnya,segala sesuatu itu brmula dari bawah….



INDIVIDU MUSLIM ==> BAITUL MUSLIM ==> MASYARAKAT MUSLIM ==>NEGARA MUSLIM


WALLAHUA’LAM..=)

0 ulasan: