Thursday, March 10, 2011

~keinsafan~



YA ALLAH


Maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMU dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku.

Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku.

Aku selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mngikut segala kehendakku.

Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu.



YA ALLAH


Ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini.

Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk dariMu

Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dariMu.



YA ALLAH


Maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu

Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu.

Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu.



YA ALLAH


Maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini.

Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku.

Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pd hari ini.




YA ALLAH


AKU RELA untuk hidup senang.

AKU RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan

AKU RELA mengikut apa sahaja kehendakMu.

AKU PASRAH untuk hidup tenang.



YA ALLAH


AKU REDHA untuk terus mencari ilmuMu

AKU REDHA, PASRAH DAN RELA untuk terus bernafas.

Untuk itu ya Allah senangkanlah aku.

Berjayakanlah aku dan baikkanlah hidup aku.





”Semakin hampir seseorang itu kepada ALLAH maka semakin damai hati dan jiwanya.”









0 ulasan: