Aku terjaga dari tidur…kulihat jam di telefonku menunjukkan pukul 2.15 pagi..aku terus bangun untuk menjalankan amanahku sebagai khalifah di bumiMU ya Allah pentadbir seluruh alam.. bilikku pada waktu itu disinari dengan cahaya lampu yang terang…
Di bawah sana terdengar suara budak lelaki ssedang bermain badminton..aku bermonolog bersendirian…
“bila agak-agaknya budak-budak ni nak tidur?”
“hampir setiap malam main…….”
“biasa la..budak-budak kolej aku ni…kuat bersukan..”
Tiba-tiba…’blackout’..semua lampu terpadam..aku hanya mampu mendiamkan diru..kerana terkejut.. kemudian terdengar…..
“Api…..api…api…api!!!!!”
“Turun…turun..turun!!!!!”
Dalam masa yang sama loceng kecemasan berbunyi..
Kemudian..aku pun kejutkan roommate..
“dya..dya..dya..!!!”
“bangun..bangun…bangun..
“tak tahu kenapa..ada orang jerit api!!”
“Diaorang suruh keluar bilik semua”…
“ada kebakaran…”
Kulihat masing-masing cemas untuk selamatkan diri..semua pelajar berkumpul di ‘assembly point’ iaitu di hadapan dewan dekat fountain..
Dalam keadaan pagi yang di sinarai dengan bintang-bintang di langit..aku dan kawan-kawan sekolejku yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain..
“adakah betul-betul kebakaran ni?”
Persoalan itu singgah di fikiranku…
Kemudian.. terdengar bunyi ambulans dan bomba…semakin lama, semakin dekat bunyi itu..aku hanya mendiamkan diri..persoalan itu tidak terjawab lagi..
“beri laluan….beri laluan…!!!”
“lori bomba nak masuk”..arah fellow kolejku…
Setelah beberapa minit kemudian…
Bomba pun sampai..diikuti dengan ambulas..kulihat encik bomba bertungkus lumus menyelamatkan orang di atas blok kalui…
Kemudian kulihat encik bomba dan kawan-kawannya turun dan membawa orang yang hangus terbakar..riak wajah di muka kawannya sedih..
“masyaAllah… kesiannya…”
Kemudian orang itu di bawa ke ambulans..dan di hantar ke pusat kesiahatan university..
Beberapa minit kemudian keadaan kembali reda..
Fellow kolejku memberi sedikit ucapan dan terima kasih kepada semua..kerana ini adalah salah satu latihan kecemasan semasa kebakaran..
“aastghfirullahah ‘azimmmm..rupa-rupanya satu latihan semasa kecemasan.
Kemudian salah seorang encik bomba memberi ucapan dan smemberi nasihat serba sedikit jika berlaku kebakara..antaranya…antaranya…
1) Jika berlaku kebakaran..selamatkan diri sendiri dahulu.
2) Sepatutnys dalam masa 3-5 minit sudah pun berada di tempat berkumpul…
Selepas selesai ucapan daripada encik bomba dan pengetua..
Bermulalah bacaan doa.. ketika itu…tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. semua orang ke tempat teduh..
Kemudian majlis bersurai..
Dan aku di sajikan dengan roti dan air mineral…
Bagiku ini adalah persediaan jika berlaku kebakaran.. Sesungguhnya Allah yang memberi ilham kepada umatnya untuk melakukan sesuatu perkara.. Manusia tidak akan dapat melakukan dengan sendirinya tanpa bantuan daripadaNYA
0 ulasan:
Post a Comment