Di pagi yang hening ini, tiba-tiba teringat kepada ayah.. bukan bermakna sebelum ini aku lupakan ayah.. tapi terasa rindu dengan ayah, percakapan ayah, suruhan ayah, panggilan ayah memanggil anak manja ayah ini.. ayah..kita berjauhan walaupun berdekatan kerana setiap detik yang berlalu linda tidak mampu menidakkan kerinduan ini..
Ayah..linda teringat kembali peristiwa yang terjadi pada ayah beberapa bulan yang lalu..ketika itu, linda berada di UPM.. ayah di masukkan ke hospital kerana demam denggi.. hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan linda ketika di khabarkan tentang ayah..tiba-tiba mutiara kaca membasahi pipi linda.. tapi linda kuatkan semangat linda..linda sentiasa doakan ayah.. inilah pertama kali linda berjauhan dengan ayah sewaktu ayah sakit..
Setiap hari linda telefon mak tanyakan khabar ayah..tapi, linda tidak berpeluang bercakap dengan ayah..sayunya hati ini..ayah..hati ini terdetik mahu pulang untuk melihat ayah..tapi, keadaan linda di UPM, tidak mengizinkan linda pulang..maafkan linda ayah..setelah seminggu ayah berada di hospital…Alhamdulillah..ayah kembali sihat..
Ayah…Segala cabaran yang dating dalam hidup ayah, ayah harungi dengan sabar..ayah juga ingatkan anak-anak ayah sentiasa sabar dengan apa jua cabaran dan dugaan daripada Allah.. ayah yakinkan anak-anak ayah.. kami semua akan selalu menyokong ayah..semoga ayah terus Berjaya di dunia dan akhirat.
Ayah.. kadang-kadang ayah boleh jadi seorang yang garang..tapi, ayah tidak pernah pukul anak kesayangan ayah ini..tidak pernah ayah gunakan kudrat ayah sebagai kekaji untuk menyakiti anak ayah ini.. walaupun ada masa linda memberontak dengan ayah kerana tidak memenuhi kehendak linda..
Ayah..ayah tidak pernah meninggikan suara ayah..tapi kadang-kadang kata-kata ayah sungguh tajam..setiap kali ayah keluarkan kata-kata..linda akan sepikan diri di satu sudut..dan hati linda akan sebak..dan gugurnya mutiara kaca di pipi..tapi, apabila linda ada masalah..ayahlah tempat linda mengadu..ayah tidak jemu-jemu untuk mendengar..ayahlah penguat linda..linda nak jadi macam ayah..
Ayah..linda juga amat kangumi ayah..walaupun ayah jarang berada di rumah..linda tahu ayah keluar untuk mencari rezeki demi kesenangan anak-anak ayah..apabila pulang dari kerja, walaupun penat dan lelah..tapi terukir lagi senyuman di wajah ayah..
Ayah selalu berpesan kepada anak-anak ayah..jadi orang yang berguna..belajar bersungguh-sungguh..jangan tinggal solat...baca quran selalu..ayah mahu anak-anak ayah Berjaya di dunia dan akhirat..menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..linda sayang ayah sangat-sangat. Terima kasih atas pengorbanan ayah..
AYAH,
Linda mungkin tidak pandai mempamerkan rasa kasih dan sayang linda.. tapi linda tidak pernah lupa berdoa untuk ayah. semoga linda tidak menjadi anak yang melupakan ayah kelak.
Linda janji akan usaha dengan lebih gigih untuk berjaya macam ayah...linda akan cuba balas segala jasa ayah, mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, tapi linda akan pastikan ayah sentiasa sihat dan bibir ayah tidak akan lekang dari senyuman....
Terima kasih atas kesabaran ayah mendidik linda menjadi insan yang berguna dan sokongan ayah sehingga linda mampu berfikir dan berjaya sehingga ke tahap sekarang. Memang linda ada buat silap, tapi linda anggap itu cara untuk Linda belajar mengenal dunia.
Linda harap ayah takkan pernah putus asa mendidik dan menyokong anak ayah yang manja ini..
Ya Allah.....Terima kasih untuk seluruh kasih sayangMu yang tidak berbelah bahagi, untuk cintaMu walau aku di atas mahupun di bawah…Alhamdulillah juga untuk nikmat terindahMu ini yang KAU berikan padaku…
0 ulasan:
Post a Comment