Setelah beberapa hari sunyi tanpa perkongsianku di alam maya ini..dengan izinNYA Allah permudahkah aku..fikiranku terfikir..apa yang mahu dikongsi..terlalu banyak perkara yang berlaku dalam melalui hari-hari dalam hidupku..
Berjalan di dalam dunia pinjaman ini..aku sangat takut dan bimbang kerana aku insan yang lemah apabila menerima ujian dariMU.. aku tidak sekuat orang lain.. aku harap aku sentiasa muhasabah diri kepada perkara-perkara yang berlaku.
"Ya Allah, KAU tetapkanlah aku di jalan (ISLAM) ini. Janganlah KAU bolakkan hati ini setelah KAU memberiku hidayah"
"aku takut kemurkaanMU ya Allah"..
Teringat kembali…
Sepetang bersama kawan-kawan Pembina, pelbagai ilmu yang dapat di kongsi..
Dalam menjalami kehidupan seharian sebagai khalifah di atas muka bumi ini..pelbagai nikmat yang Allah berikan..aku melihat sekeliling,
pokok-pokok yang tumbuh tinggi..
ranting-ranting pokok yang pelbagai bentuk..
daun-daun yang bertaburan di atas tanah..
aliran air sungai yang mengalir..
rumput-rumput yang tumbuh subur mencantikkan tanah..
burung-burung yang bebas berterbangan di awan..
ini semua nikmat yang Allah bagi kepada hambaNya.
Sesungguhnya alam ini dijadikan tiada cacat celanya..
Allah tidak jemu memberi nikmat kepada umatNya..
Alhamdulillah aku masih diberi nikmat oleh Allah untuk bernafas di bumi Allah ini.. aku masih diberi nikmat islam..iman..
Tapi..aku sering lupa nikmat yang Allah berikan.. sehingga satu nikmat di tarik oleh Allah..baru aku sedar akan semua nikmat itu.
seandainya…
setiap langkah di dunia ini perlu dibayar..
sudah tentu tidak mampu aku melangkah..
jika, setiap kata-kata yang di keluarkan wajib dibayar..
sudah tentu sikitlah percakapan dan apatah lagi umpatan..
jika, setiap sedutan udara di dunia ini perlu dibayar..
sudah tentu orang yang kaya sahaja mampu hidup..
jika, setiap pandangan di alam ini perlu dibayar..
sudah tentu ramai yang butakan matanya..
tapi..aku lupa semua ini..aku tidak fikir akan nikmat yang Allah berikan..aku tidak syukuri nikmat Allah.aku selalu menyalahkan Allah..
sedarlah wahai diriku..
lihatlah dari sudut hikmahnya sesuatu kejadian yang Allah ciptakan..
pasti terdapat beribu manfaat.
Alhamdulillah...
Kadang-kadang ditarik nikmat Allah dari aku, namun aku masih punya beribu nikmat Allah yang aku guna..
Tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Allah tidak mahu biarkan hambaNya yang disayangi leka dengan nikmat yang dikurniakan
Firman Allah dalam Surah al-baqarah
كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ(151) فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ(152)
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.(151) Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(152)
0 ulasan:
Post a Comment