Tuesday, February 15, 2011

SAHABAT

Sahabat aku ingin…


Sahabat tersayang.

Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,

Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,

Cintakan kebesaran, sanggup bersakit.



Serta tawakkal Ibrahim mulia,

Ketika meninggalkan insan tercinta,

Di bumi tandus tanpa bicara,

Meyakini Allah sebagai penjaga.



Aku impikan antara kita seorang Umar,

Berdiri tatkala tunduknya manusia

Bersuara tatkala diamnya mereka,

Menggerunkan musuh durjana.



Serta senyuman Syed al-Qutb,

Ketika berhadapan dengan tali maut,

Akidah mantap tidak terrengut,

Roh dakwahnya tidak surut.



Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,

Menahan panahan Hajjaj dengan rela,

Bersama si ibu tua,

Lantas syahid, rohnya ke syurga.



Marilah kita menyemai benih Hassan al-banna,

Fikrahnya jernih, menggegar dunia,

Merelakan tubuhnya dimamah peluru,

Demi menegakkan Kalam Allah dan rasul.



Aku ingin kita pemaaf yusuf,

Tetap mencintai saudaranya,

Walaupun dihumban ke perigi tua,

Terpisah dari ayahanda bertahan lamanya.



Aku ingin pusara kita harum mewangi,

Bagai harumnya pusara masyitah semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,

Menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti…Ameen…




Ya Allah.. KAU yang maha mengetahui segalanya.. hakikatnya aku berada di bawah naunganMu, setiap masa, setiap saat, setiap detik. Aku mahukan kebahahagian yang hakiki.. InsyaAllah..Ameen..

0 ulasan: