Sunday, February 13, 2011

"Perjalananku"

Setelah seminggu bercuti sempena CNY, kini tiba masa aku pulang ke kampus. dalam keadaan yang kurang gembira dek kerana kehangatan cuti masih dirasai. Tapi, demi memenuhi tuntutan agama, harapan kedua ibubapaku dan mengejar cita-citaku sebagai seorang pendidik suatu hari nanti(insyaAllah). Aku akur semuanya. Semua ibubapa mengharapkan anak-anaknya berjaya di Dunia dan akhirat. Ameen.


Aku termenung seketika... teringat pada sabda Rasulullah S.A.W:setiap muslim,


“"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat".


Jadi, tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim,



“Linda..dah siap ke belum?” …………


Terdengar satu pertanyaan daripada ibuku yang berada di dapur.


“Belum lagi la mak. Barang-barang linda ada lagi yang tak kemas.. kejap ye mak. Linda nak kemas dulu.


“Takpe la linda.. biar je barang-barang tu.. nanti mak tolong kemaskan.. siapkan diri linda dulu.”


“ok mak.. terima kasih.. sayang mak.:)”


Mak memang dah biasa dengan peragai anaknya, apabila tiba masa pulang ke kampus. Mak la yang selalu membantuku. Memberi pendapat kepadaku, memberi ajaran kepadaku dari kecil hinggalah sekarang. Tidak ku lupa jasa-jasa mak kepadaku.


Di luar sana terdengar adikku yang bongsu bertanya:


“k.teh nak pergi mana? K.teh dah nak naik bas ke?”(dengan muka yang sedih)


Itulah persoalan adikku yang bongsu, berumur 3thn..apabila melihat diriku bersiap.


Dalam hatiku, insyaAllah satu hari nanti.. adikku juga mengikut jejakku.. dan menjadi insan yang soleh di dunia dan akhirat.


“mak, sempat tak kalau linda nak makan?”


Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 9.20 pagi. aku perlu berada di MBKT sebelum pukul 10.00 pagi.


“insyaAllah sempat. Makan la dulu. Hari ni, ada nasi minyak...nasi lemak..”


“linda nak nasi minyak mak.. kalau kat KL, nak makan nasi minyak pun susah mak.. takde orang jual.. kalau ada pun kat pasar malam..tp, pasar malam linda tak pernah pergi pun..”


Kebiasaannya sebelum pulang ke kampus, aku tiada selera untuk makan, kadang-kadang satu butir nasi pun tidak disentuh.. hari ini juga aku di paksa oleh kakakku untuk habiskan nasi itu..


Beberapa minit kemudian….


“linda, dah lewat ni.. kan naik bas pukul 10.. nanti lewat pulak sampai kat MBKT.” Tak pasal-pasal kena kejar bas kan hari ni”.


Itu la kata-kata daripada kakakku.. dia juga banyak memberi penolongan kepadaku dan keluargaku.. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta….



Beberapa minit kemudian…


Aku sampai di MBKT, keadaannya sangat sibuk.. tidak seperti hari-hari biasa. Aku menaiki bas Adik-beradik berwarna merah.. perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.


Di dalam perjalananku, keadaan jalan raya sangat sibuk.. dengan kenderaan yang berpusu-pusu pulang ke ibu kota selepas seminggu bercuti.. tetapi, perjalananku masih lancar.. aku berdoa KepadaNya semoga permudahkanlah perjalananku..


Selepas 2 jam di dalam bas.. bas yang aku naiki seolah-olah tidak bergerak kerana terperangkap dengan kesibukan jalan raya... ini membuatkan aku tidak lena untuk tidur.. hanya kepada Allah aku berserah..


Kira-kira pukul 3 petang, aku berhenti di salah satu tempat rehat untuk solat dan makan.. aku diberi masa 30 minit oleh pak cik bas..


Perjalananku diteruskan..dalam keadaan lapar, aku sempat membeli roti untuk dibekalkan di dalam bas.. Alhamdulillah.. ada juga rezeki daripadaNya.


Aku berfikir sejenak… rupanya ada hikmahnya aku makan nasi kat rumah tadi.. kalau tidak, kebulurlah aku hari ni..


Jam 5 petang, aku sampai di lebuhraya karak, nampaknya jalan raya dipenuhi dengan kenderaan.. basku tidak bergerak langsung.. biasanya dalam waktu begini.. aku dah pun sampai di Putra..


Selepas terperangkap hampir 3 jam lebih dari lebuh raya karak ke tol Gombak.. akhirnya penjalananku kini kembali lancar.. aku selamat sampai di Putra pukul 9 malam.. Alhamdulillah.


Berakhirlah satu perjalananku yang kurasakan begitu lama dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur yang mengambil masa hampir 11 jam.. pelbagai ujian yang kutempuhi.. ini la pengalaman pertamaku sepanjang 3 tahun bergelar pelajar di bumi Kuala Lumpur..


Alhamdulillah.. aku tetap bersyukur kepadaMu… walaupun pelbagai ujian yang KAU berikan sepanjang perjalananku kali ini..


Ini merupakan percaturan Allah untuk melihat siapakah hambaNya yang terbaik.


Ya Allah.. perancanganMu yang terbaik..


Aku juga bersyukur malah memohon supaya diperteguhkan kesabaran bagi menempuh ujian-ujian yang mendatang.


Hakikatnya.. syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.

0 ulasan: